Sabtu, 19 Jun 2021

Sering melakukan dosa yang sama setelah bertaubat

 Assalamualaikum wbt..

Pertama sekali,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sudi meringankan jari dan meluangkan masa untuk baca di blog saya..

Baik,dengan tajuk yang saya paparkan, kita sebagai hamba kepada Yang Satu, janganlah ada sifat saling memandang rendah pada orang lain.

Tiada perbezaan antara kita setelah mati, semuanya sama akan kembali kepada tanah. Jika rasa diri sudah betul hati²lah mungkin hati kita telah mati. Nauzubillahiminzalik. Jika sering merasa berdosa atas kesalahan yang dilakukan,ingatlah Allah masih gerakan hati kita bersamaNya. 

Bagi yang pernah bertaubat lalu mengulangi dosa yang sama, jangan terus berhenti bertaubat. Sampai bila nak macam tu? Sampai kita penat untuk melakukan dosa. Jadi setelah kita berhenti dosa yang pernah kita lakukan semoga kita jadikan solat taubat kita itu sebagai taubat nasuha, taubat atas dosa yang kita janji tak ulangi lagi. 

Untuk awak-awak yang berusaha berubah iaitu berhijrah ke arah kebaikan daripada kisah gelap yang lalu,abaikan setiap sindiran daripada sesiapapun termasuk orang sekeliling kita. 

Jika niat ingin berubah teruskan berubah, ingat mati kita bila² masa ja..sekarang diberi peluang bertaubat,bertaubatlah bersungguh². 

Ingatlah tiada insan yang tidak pernah melakukan kesilapan,dan setiap pendosa pasti ingin ke syurga. Maka tebus dari segala adalah dengan bertaubat. Yang penting diri sendiri kena kuat,jika tiada orang yg dapat membantu,ingatlah masih ada Allah bersama kita.

Akhir sekali, jangan putus asa,jangan sesekali cuba bunuh diri disebabkan penat dengan masalah dunia. Bunuh diri bukan penyelesaiannya. Nauzubillahiminzalik. Jangan ingat dengan bunuh diri kita selamat, malah lagi menyeksakan lagi diri kita pada akhirat kelak.

وَلَا تَهِنُوْا وَلَا تَحْزَنُوْا وَاَنْتُمُ الْاَعْلَوْنَ اِنْ كُنْتُمْ مُّؤْمِنِيْنَ

Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman.

(QS Al-Imran, 139)

Sekian wasalam ☺️


 

Sering melakukan dosa yang sama setelah bertaubat

 Assalamualaikum wbt.. Pertama sekali,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sudi meringankan jari dan meluangkan masa untuk baca di blo...